Ahad, 20 September 2015

MANIK SUNGAI BATU


Antara manik yang ditemui di Sungai Batu.
(Hakcipta gambar adalah terpelihara)  [26 sEPTEMBER 2014]

Tapak Ritual


Tapak B.Tapak ritual.Sekiranya pembaca melapor diri di pondok pengawal Tapak A,pembaca akan terus melihat monumen ini.Perhatikan struktur binaan bulat.Yang dipercayai untuk tawaf.Stupa di tengah di atas binaan 4 segi itu dibuat semasa kurun ke 5 atau 7 masehi iaitu kedatangan Buddha.Asalnya 4 segi rata.Tapak dibina lebih awal dari kedatangan agama Hindu-Buddha iaitu pada kurun 1 masehi. Jika dilihat secara 'live' binaan ini besar.Sudut foto ini juga mampu memberi gambaran pada kita keluasan binaan tapak ritual ini.

(Bertarikh 26 September 2014)

TUYERE SUNGAI BATU


'TUYERE'..Terdapat beratus ratus ribu di dalam tapak peleburan besi.Bersaiz sama iaitu 8 inci,berbentuk bulat dan ada ruang udara di tengahnya.
Jika tuyere ini banyak jumlahnya dan sama ukurannya dan saiz bulatannya bermakna ada kilang untuk menghasilkannya.
Jika ada kilang,agak-agak pembaca di mana? Berdekatan atau jauh lokasinya dari Sungai Batu. Dan kalau jauh,bagaimana pengangkutan untuk dibawa beratus-ratus ribu tuyere ke Sungai Batu? Bagaimana cara pemesanan.Bukti penghantaran dan cara tukaran ke atas tuyere-tuyere ini.
Jika sampai bagaimana proses mengangkat tuyere-tuyere ini?
Semua proses ini mengambil masa selama 2000 tahun.Tak putus industrinya.Hebatkan!

(26 September 2014)

Lokasi sekitar

Apa yang pembaca nampak?Gambar ini dirakam pada 1.00 tengahari siang tadi.Cuba perhatikan lama-lama.

(25 September 2014)

Sungai Kuno ketika banjir



Gambar ini diambil sewaktu banjir pada beberapa tahun yang lepas.Pembaca nampak tak mesin penyedut air di tengah-tengah dalam gambar ini?Kelihatan di sebelah mesin itu seolah ada lagi kawasan air yang di sebelah kanan gambar kan?Di situlah Sungai Kuno yang dahulunya berkedalaman 30 meter dan lebarnya 100 meter.
Dan lihat struktur jeti di tepi kiri gambar.Seolah menggambarkan kedudukan jeti dan air sungai.
Sungai Kuno ini turut dipanggil Tasik Kuno.Di dalamnya telah dibuat ekskavasi bawah air di mana air sungai disedut kering untuk tujuan tersebut.
Usai ekskavasi tersebut,PPAG menjumpai rangka kapal kuno.Yang panjangnya 30 meter.Tetapi ekskavasi terpaksa dihentikan atas sebab keselamatan.Tanah di bawah adalah berstruktur lembut dan menyedut.Menunjukkan kedalaman yang yang agak dalam.

(25 September 2014)

Puncak Gunung Jerai


Pemandangan dari puncak Gunung Jerai...Saujana mata memandang..Hijau yang segar..Mengundang tetamu untuk datang...

(Bertarikh 25 September 2014)  

Simpan Ribuan Kisah Silam



(Bertarikh 23 September 2014)