Soalan yang selalu ditanya pengunjung apabila melawat kawasan tapak Sungai Batu adalah 'Bagaimana kerajaan ini lenyap?'.
Terdapat pelbagai kemungkinan berakhirnya Kerajaan Kedah Tua ini. Antara teorinya ialah :
a) Jika merujuk kembali peta di bawah, kita dapati bahawa lautan semakin cetek, sungai-sungai semakin sempit dan daratan mula muncul. Ini mengakibatkan kapal-kapal dagangan tidak lagi dapat dikemudikan masuk ke Sungai Batu. Dan apabila perkara ini terjadi maka aktiviti eksport dan import sekaligus akan terjejas. Berlaku kemungkinan di mana penukaran pelabuhan Kerajaan ke lokasi yang lebih strategik seperti Melaka atau sebagainya.
b) Tsunami. Pada tahun 2004, dunia dikejutkan dengan kejadian Tsunami yang mengorbankan hampir 350,000 jiwa di Indonesia, India, Thailand, Malaysia dan sebagainya. Beberapa tempat di Acheh juga berlaku perubahan bentuk muka bumi dengan mendadak. Bencana Tsunami boleh sampai ke Sungai Batu dan sekaligus jika ianya berlaku boleh menyebabkan kemusnahan yang besar untuk kawasan-kawasan yang dilandanya.
c) Peperangan. Kuasa adalah salah satu punca utama mengapa manusia berperang. Melalui peperangan, keluasan empayar akan bertambah, Kerajaan yang gagah dan maju dapat ditakhluki sekaligus negara pemenang peperangan dapat meraih pelbagai keuntungan. Kedah Tua dalam sejarah juga pernah berperang dan diserang oleh Kerajaan-kerajaan lain. Mungkin ini juga adalah sebab utama Kerajaan Kedah Tua di Sungai Batu musnah dan lenyap.
(Bertarikh 14 September 2014)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan