Ahad, 20 September 2015

MANIK SUNGAI BATU


Antara manik yang ditemui di Sungai Batu.
(Hakcipta gambar adalah terpelihara)  [26 sEPTEMBER 2014]

Tapak Ritual


Tapak B.Tapak ritual.Sekiranya pembaca melapor diri di pondok pengawal Tapak A,pembaca akan terus melihat monumen ini.Perhatikan struktur binaan bulat.Yang dipercayai untuk tawaf.Stupa di tengah di atas binaan 4 segi itu dibuat semasa kurun ke 5 atau 7 masehi iaitu kedatangan Buddha.Asalnya 4 segi rata.Tapak dibina lebih awal dari kedatangan agama Hindu-Buddha iaitu pada kurun 1 masehi. Jika dilihat secara 'live' binaan ini besar.Sudut foto ini juga mampu memberi gambaran pada kita keluasan binaan tapak ritual ini.

(Bertarikh 26 September 2014)

TUYERE SUNGAI BATU


'TUYERE'..Terdapat beratus ratus ribu di dalam tapak peleburan besi.Bersaiz sama iaitu 8 inci,berbentuk bulat dan ada ruang udara di tengahnya.
Jika tuyere ini banyak jumlahnya dan sama ukurannya dan saiz bulatannya bermakna ada kilang untuk menghasilkannya.
Jika ada kilang,agak-agak pembaca di mana? Berdekatan atau jauh lokasinya dari Sungai Batu. Dan kalau jauh,bagaimana pengangkutan untuk dibawa beratus-ratus ribu tuyere ke Sungai Batu? Bagaimana cara pemesanan.Bukti penghantaran dan cara tukaran ke atas tuyere-tuyere ini.
Jika sampai bagaimana proses mengangkat tuyere-tuyere ini?
Semua proses ini mengambil masa selama 2000 tahun.Tak putus industrinya.Hebatkan!

(26 September 2014)

Lokasi sekitar

Apa yang pembaca nampak?Gambar ini dirakam pada 1.00 tengahari siang tadi.Cuba perhatikan lama-lama.

(25 September 2014)

Sungai Kuno ketika banjir



Gambar ini diambil sewaktu banjir pada beberapa tahun yang lepas.Pembaca nampak tak mesin penyedut air di tengah-tengah dalam gambar ini?Kelihatan di sebelah mesin itu seolah ada lagi kawasan air yang di sebelah kanan gambar kan?Di situlah Sungai Kuno yang dahulunya berkedalaman 30 meter dan lebarnya 100 meter.
Dan lihat struktur jeti di tepi kiri gambar.Seolah menggambarkan kedudukan jeti dan air sungai.
Sungai Kuno ini turut dipanggil Tasik Kuno.Di dalamnya telah dibuat ekskavasi bawah air di mana air sungai disedut kering untuk tujuan tersebut.
Usai ekskavasi tersebut,PPAG menjumpai rangka kapal kuno.Yang panjangnya 30 meter.Tetapi ekskavasi terpaksa dihentikan atas sebab keselamatan.Tanah di bawah adalah berstruktur lembut dan menyedut.Menunjukkan kedalaman yang yang agak dalam.

(25 September 2014)

Puncak Gunung Jerai


Pemandangan dari puncak Gunung Jerai...Saujana mata memandang..Hijau yang segar..Mengundang tetamu untuk datang...

(Bertarikh 25 September 2014)  

Simpan Ribuan Kisah Silam



(Bertarikh 23 September 2014)

Bata



Lagi bata di masa Kedah Tua..Struktur bata-bata ini tidak diubah. Ada sesetengahnya masih timbul walaupun tanah-tanah ini tentunya dilalui oleh traktor-traktor yang meratakan tanah untuk penanaman sawit beberapa tahun dahulu.    (Bertarikh 20 September 2014)

Bata Tamadun Sg.Batu



Perhatikan bata-bata yang ditimbulkan. Jika pembaca berjalan di Tapak Sungai Batu ini, pembaca masih boleh mengenalpasti antara bata-bata tamadun dengan batu-batu biasa yang lain.Warnanya sedikit oren dan sekata.

(Bertarikh 20 September 2014)

PETA KURUN KE-1 HINGGA KE-3



As salam.Mungkinkah bulatan yang Admin tanda juga mempunyai tapak tamadun? C adalah Tapak Sungai Batu.

Untuk pengetahuan pembaca,ada kawasan yang bernama Sungai Layar. Layar itu ada kaitan dengan kapal.

Admin turut mencari nama tempat yang Admin bulatkan di dalam peta kurun ke 1 hgga 3 ini. Tapi Admin langsung tak berapa reti nak teka.

Bolehkah Admin minta bantuan dari pembaca-pembaca yang dihormati?Apakah nama tempat yang bertanda bulat ini sekarang?

(Bertarikh 20 SEPTEMBER 2014)

Tapak yg telah ditanda

Perhatikan rajah di bawah, ini adalah tapak-tapak yang telah ditanda yang diyakini mempunyai tinggalan tamadun Kedah Tua. (2009-2010)
Sehingga 2014,jumlah kesemua adalah 50 tapak yang telah dibuka.
Perhatikan struktur lokasi tapak-tapak yang dikesan. Admin tidak sabar untuk melihat apakah lagi baki 47 yang belum dibuka.Mungkinkah ada lagi penemuan yang lebih menakjubkan kita?

(Bertarikh 19 September 2014)


Sungai Merbok



Untuk pembaca yang menyukai aktiviti memancing, jika anda ingin melawat Sungai Batu, anda boleh melakukan aktiviti memancing di atas chalet-chalet yang terletak di sepanjang Sungai Merbok.

(Bertarikh 19 September 2014)

Jambatan Semeling



Pemandangan senja di atas Titi Semeling.Ketika ini Admin dari Sungai Batu pulang ke rumah. Atas jambatan bergerak perlahan.Sungai Merbok berwarna merah keemasan.Untuk ke Sungai Batu jambatan ini akan dilalui oleh para pelawat yang datang dari arah tol Sungai Petani Utara dan Selatan.Jarak jambatan ke Sungai Batu adalah lebih kurang 2 kilometer.

(Bertarikh 19 September 2014)

Sabtu, 19 September 2015

Pengembaraan Ibnu Battutah



Mungkin ini pun boleh dijadikan rujukan..Pengembaraan Ibnu Battutah. (Bertarikh 18 September 2014)

Kontena Perpustakaan Sungai Batu


Pemasangan kontena untuk dijadikan library di tapak Sg Batu.InsyaAllah,pada bila-bila masa library ini akan dibuka untuk orang awam untuk memudahkan pencarian maklumat tentang Sungai Batu,arkeologi,kajian Lembah Bujang dan sebagainya.Nantikan makluman pengoperasian perpustakaan mini Sungai Batu dalam fb ini.
Banyak lagi proses pengindahan perpustakaan termasuklah pembinaan bumbung dan penyediaan kawasan untuk membaca di sekeliling kontena.

(Bertakrih 15 September 2014)

Lapor Dir di Pondok Pengawal


Terdapat 4 tapak iaitu A dan D di kawasan yang sama manakala B dan C di seberang jalan. Setiap tapak ada pos pengawal.Setiap pengunjung diwajibkan memdaftar di pondok pengawal dan selalunya di lokasi Tapak A.

(Bertarikh 14 September 2014)

Bagaimana kerajaan ini lenyap?



Soalan yang selalu ditanya pengunjung apabila melawat kawasan tapak Sungai Batu adalah 'Bagaimana kerajaan ini lenyap?'.
Terdapat pelbagai kemungkinan berakhirnya Kerajaan Kedah Tua ini. Antara teorinya ialah :
a) Jika merujuk kembali peta di bawah, kita dapati bahawa lautan semakin cetek, sungai-sungai semakin sempit dan daratan mula muncul. Ini mengakibatkan kapal-kapal dagangan tidak lagi dapat dikemudikan masuk ke Sungai Batu. Dan apabila perkara ini terjadi maka aktiviti eksport dan import sekaligus akan terjejas. Berlaku kemungkinan di mana penukaran pelabuhan Kerajaan ke lokasi yang lebih strategik seperti Melaka atau sebagainya.
b) Tsunami. Pada tahun 2004, dunia dikejutkan dengan kejadian Tsunami yang mengorbankan hampir 350,000 jiwa di Indonesia, India, Thailand, Malaysia dan sebagainya. Beberapa tempat di Acheh juga berlaku perubahan bentuk muka bumi dengan mendadak. Bencana Tsunami boleh sampai ke Sungai Batu dan sekaligus jika ianya berlaku boleh menyebabkan kemusnahan yang besar untuk kawasan-kawasan yang dilandanya.
c) Peperangan. Kuasa adalah salah satu punca utama mengapa manusia berperang. Melalui peperangan, keluasan empayar akan bertambah, Kerajaan yang gagah dan maju dapat ditakhluki sekaligus negara pemenang peperangan dapat meraih pelbagai keuntungan. Kedah Tua dalam sejarah juga pernah berperang dan diserang oleh Kerajaan-kerajaan lain. Mungkin ini juga adalah sebab utama Kerajaan Kedah Tua di Sungai Batu musnah dan lenyap.

(Bertarikh 14 September 2014)

Monumen Ritual Sungai Batu



Monumen ritual terawal Asia Tenggara. Seperti yang Admin terangkan di bawah.

(Bertarikh 12 September 2014)

Gambar Prasasti di Sungai Batu



Bagi memastikan kreadibiliti maklumat dalam laman fb ini, Admin ingin membuat pengumuman Ralat dalam gambar prasasti di Sungai Batu.
Di bawah ini Admin muatnaik penemuan sebenar prasasti yang dijumpai di Sungai Batu. Hanya sebilah sahaja cakra emas yang dijumpai di situ. Dan sebilah cakra ini dipercayai menyamai dengan 4 bilah cakra emas yang berusia dari abad ke 5 hingga 7 masehi yang dijumpai di site 2 lembah Bujang. (bukan di kawasan Kompleks Sungai Batu'.4 bilah cakra inidijumpai sekitar tahun 1936/1937 oleh Wales.
Terjemaah untuk bilah yang satu itulah masih diusahakan oleh PPAG USM.
Dan 4 bilah yang di tapak 2 ada disertakan terjemahannya yang boleh didapati di bawah:
"..There are ten balas (powers), four vasaraydas (assurances, extraordinary skills) and eighteen avenikas (independent qualities) of Budhhas. The dharmas (momments consciousness) which arise from co-operating circumstances have in no case real existance; there can nowhere (be) any (dharmas) which do not exist in a state of unreality. Who knows this summit of universe to be at the same time no summit - his knowledge, having reached the summit, extends over all dharmas..."
(Sources: Michel Jacq-hergoualch, 2002:209)
Rujukan dari Bujang Valley and Early Civilations in Southeast Asia

(Bertarikh 12 September 2014)

Usia Tamadun Sungai Batu



Admin muatnaik foto yang mengambarkan usia Tamadun Sungai Batu dengan tamadun-tamadun dunia yang lain.Tapak Sg Batu ditarikhkan wujud pada 487 tahun sebelum masehi.Lebih awal dari tamadun Maya,Angkor Watt,Borobuddur dan Kesultanan Melayu Melaka.

(Bertarikh 12 September 2014)

Lokasi ke Arkeologi Sungai Batu


Jika pembaca datang dari arah Tol Sungai Petani Utara atau Tol Sungai Petani Selatan,sebaik sahaja keluar dari kedua dua tol berkenaan anda ambil jalan terus sahaja sehingga bertemu simpang 4 yang ada papan tanda ke Semeling.Anda sedang berada di titik penting penyatuan dua arah bertentangan untuk ke satu Sungai Batu.Anda akan melalui Jambatan Semeling seterusnya akan berjumpa papan tanda ini.
Sila belok ke kiri ke arah UITM Merbok.Berselang 3 minit pemanduan,anda akan sampai ke lokasi Sungai Batu.

(Bertarikh 12 September 2014)

Tapak B Sungai Batu



Seorang kanak-kanak tidak mengetahui bahawa di bawah tanah yang dilaluinya tertanam berjuta-juta jongkong besi yang telah dilebur.
Benar.Kawasan ini dikenalpasti sebagai kawasan longgokan besi untuk dieksport ke seluruh dunia.
Tapak B Sungai Batu

(Bertarikh 12 September 2014) 

Gunung Jerai


Gunung Jerai dari jalan ke Modenas Gurun.Mercu tanda negeri Kedah.Sekiranya anda berkunjung ke negeri Kedah,untuk melihat pemandangan yang cukup indah dan damai ini,di sini lokasi yang paling tepat. (Bertarikh 11 September 2014)

Batu Bertulis



Ini adalah batu bertulis yang dijumpai di SB1B yang dipercayai ada kaitan dengan monumen Sungai Batu.Ditarikhkan berusia 5-6 masehi.Dikira muda berbanding dengan usia Tamadun Sungai Batu.
Dipetik dr buku Bujang Valley and Early Civilations in Southeast Asia. (Bertarikh 11 September 2014)

Dekati Dunia Arkeologi

Salah satu  artikel berkaitan Sungai Batu. (14 OGOS 2014)

Ahad, 13 September 2015

Sungai Batu - Kedah Tua

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog rasmi kami disini. Tamadun Kedah Tua telah berusia 600BC yang merupakan tertua di Asia Tenggara, malah lebih tua dari Angkor Wat dan Borubudor. Disinilah tempat untuk mendapat infomasi terbaru dari Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kedah.